Wakaf Tafsir Al-Azhar

Kempen Wakaf 1000 Tafsir ini digerakkan oleh Tadabur Centre dengan kerjasama PTS sebagai penerbit rasmi Tafsir Al Azhar di Malaysia. TC bertindak sebagai koordinator manakala PTS sebagai pelaksan kepada gerak kerja kempen ini.
Tafsir Al-Azhar nukilan Buya Hamka disifatkan antara tafsir Al-Quran yang cukup sesuai untuk rujukan masyarakat Muslim Nusantara. Kandungannya yang disampaikan menggunakan gaya bahasa dan penjelasan yang mudah serta sesuai dengan konteks dan latar masyarakat Muslim di kawasan Nusantara menjadikannya sebagai salah satu tafsir Al-Quran yang cukup relevan bagi umat Islam masa kini.
Oleh sebab itu, capaian dan akses kepada tafsir Al-Quran seperti ini sangat penting bagi memudahkan masyarakat muslim Nusantara secara amnya dan di Malaysia secara khususnya, mendalami ilmu-ilmu Al-Quran sebagai wahana memperkukuhkan kefahaman Islam mereka.
Untuk maklumat lanjut berkenaan program wakaf ini; mohon layari https://pts.com.my/wakaftafsir